Monday, March 26, 2012

10 Mac Perlukah Kita Tahu Siapa Ex-Boyfrenz @ Ex-Girlfrienz Kekasih Kita ?

Sesetengah orang fikir, lau dapat tahu sedikit tentang bekas kekasih kita, kita dapat bandingkan dengan diri kita. Ada dua perspekstif berbeza, satu kita dapat baiki kelemahan kita, satu lagi mungkin kita rasa kita bukan untukknya. Kadang-kadang, bila kita rasa si dia tidak sesuai untuk diri kita, mulalah kita cakap yang bukan-bukan, padahal si dia tidak kisah pun tentang kita. Yang lelaki selalunya takut nak bercerita tentang bekas teman wanitanya kerana bimbang si dia yang dicintai sekarang cemburu, ragu-ragu dan banyak soal. Yang wanita lak, lain ceritanya, wanita nie kadang-kadang suka bercerita perihal bekas teman lelakinya, mana taknya.. wanita nie suka bercerita. Sebenarnya, wanita suka bercerita sebab nak sampaikan mesej pada temannya sekarang supaya tidak mahu jadi seperti bekas temannya. Tapi lelaki nie kadang-kadang lau panas baran atau kuat cemburu, mesti fikir lain.

Kalaulah tahu kita nie pernah bercinta kemudian putus dan mahu sambung balik, tak payahlah kita nak 
sembang-sembang dengan ex kita terutama dekat Facebook , punyalah banyak komen kat situ. Lau kita terbaca komen daripada bekas teman kekasih kita camner? Tak ke panas hati kita? Haish...
 
Memanglah banyak pandangan masing-masing, tapi bagi saya, tidak wajib atau perlu untuk tahu maklumat tentang bekas kekasih kita. Tapi lau perlu, tengoklah keaadaannya dan masanya, kalau pasangan kita nampak OK jer... Go on la... tapi jangan tiap-tiap hari duk cakap pasal bekas teman jer... tengok-tengok.. kita lak yang jadi bekas seterusnya... Kih3.. So pe2 pon, korang fikirkanlah sendiri yer..tak yah nak gopoh-gopoh nak tahu semua, simpan bila nak kahwin nanti... :)

Petua aNAK DARA melayu

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
1. Bangkit Bersambut
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila jima’setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Sunday, March 4, 2012

Madah cinta dialun rasa rindu memenuhi kalbu

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat 
                                        -Hamka

Madah ini akan ku sematkan di hati ini..tatkala hati ini begitu rindu pada dia..apakan daya..jarak memisahkan kasih...antara utara dan selatan..hanya Tuhan yang mengetahui isi hatiku ini..hendak ditangis apakan daya.......

-LUAHAN HATI SEORANG KEKASIH.....