Monday, January 21, 2013

TUGASAN....

Selamat berhujung minggu kpd semua..sedikit perkongsian di pg ini, perbualan antara dua individu. cikgu A dan cikgu B:
Taun 2011:
A : Assalamualaikom pn...sya dn beberapa org guru lain merncng nak adakn progrm ni untuk pelajr, kalau pn x sibuk sya nak brbincang ckit dgn pn tntng program ni...(belum smpat habis bckap, B terus mnympuk)
B : (dgn nada yg sinis) ..dah buat krtas kerja dah?
A : Belum lagi pn....sya ingat lepas bincang kalau pn stuju diteruskn progrm ni, sya akan buat kertas krja tu...
B : kena buat lh krtas kerja dulu, baru sya boleh nampak apa yg ckgu nak buat (dgn suara yg tegas dn nada yg tinggi)...
A : Oklh pn kalau gitu nnti saya siapkn krtas kerja dulu

maka si A pun bangun, keluar dari bilik B...

Tahun 2012
Ada pula program lain yg nak di buat oleh cikgu A bersama bebrapa guru lain..dah siapkn kertas, seminggu juga amik masa, meskipun sibuk dn byk krja tapi kenalh siapkn krtas krja dulu sebelum boleh brbincng dgn boss..
A : SLmat pagi, sya dn beberapa guru mrncng tahun ni nak buat program ni utk pelajar..ini kertas kerja yang sya dah siapkn (dgn konfidennya menghulurkn krtas kerjaa kpd. pn boss)
B : (Diambil dan selak sekali lalu). kenapa x bincang dgn sya dahulu sebelum buat keputussn nak mnjalankn program ni? tak boleh lh macam ni...sepatutnya cikgu bincang dulu....kemudian barulh siapkn krtas kerja ni...tak per lh nanti sya tengok dulu...cikgu bole keluar..

pulak dahhhhh, tahun lepas suruh sispkn krtas krja dulu baru masuk bincang..... pening...pening..

A : (keluar bilik, program x jadi)

Tahun 2013
Ha ha x payah nak sibuk rancng apa-apa..buat apa nak pening2. .itu yg dia nak kut...tunggu arahan....(cakap senang tapi dlm hati hanya Allah saja tahu, nd kepuasan bekerja x dapat dimaksimakan) yg penting sabar......Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yg ada dalam hati2 kita..Ya Allah Kau permudahknlh segala urusan pkerjaan kami untuk tahun ini dan beriknlh kebijaksanaan dlm mtdbir kpd mereka disekeliling kami untuk kecmrlngan plajar...Amin..

Tuesday, January 8, 2013

LUahan hati tahun baru


yezzzzaaa....

2013 menjelma........
sekolah...sekolah...kerja....kerja... tu yang dalam kepala otak sekarang...
aku sebenarnya tak suka sangat luahluahkat sini tapiiiii kena juga....STRESSS kot...

berkenaan dengan tugasan dan tanggujawab di sekolah..hmmm..
aku tengah memikirkan macam mana aku nak melaksakan amanah yang diberi ini dengan sempurna...
nak MENGAJAR satu hal...JAWATAN2 lain satu hal...
aku harap diberi kekuatan dan kemudahan dalam melaksanakan tugasan tahun 2013 ini....

Aku tonton skit jawatan2 yang perlu digalas bagi tahun 2013..

(1) Ketua Panitia Sains
(2) Setiausaha Panitia Geografi
(3) Pen Guru Data
(4) Setiausaha Kantin(merangkap ketua)
(5) Guru kelas Ting 1
(6) AJK Jadual Waktu
(7) Badan beruniform Bridget Bakti( Ketua)
(8) Guru Permainan Bola Tampar
(9) AJK Kelab Staff....

dah la dapat kelas PMR SainS (kelas yang xada budak lulus) & PBS lagi ...--caiyok2 anis...
Aku berdoa agar segala urusanku dipermudahkan oleh-Nya..amin....










Monday, March 26, 2012

10 Mac Perlukah Kita Tahu Siapa Ex-Boyfrenz @ Ex-Girlfrienz Kekasih Kita ?

Sesetengah orang fikir, lau dapat tahu sedikit tentang bekas kekasih kita, kita dapat bandingkan dengan diri kita. Ada dua perspekstif berbeza, satu kita dapat baiki kelemahan kita, satu lagi mungkin kita rasa kita bukan untukknya. Kadang-kadang, bila kita rasa si dia tidak sesuai untuk diri kita, mulalah kita cakap yang bukan-bukan, padahal si dia tidak kisah pun tentang kita. Yang lelaki selalunya takut nak bercerita tentang bekas teman wanitanya kerana bimbang si dia yang dicintai sekarang cemburu, ragu-ragu dan banyak soal. Yang wanita lak, lain ceritanya, wanita nie kadang-kadang suka bercerita perihal bekas teman lelakinya, mana taknya.. wanita nie suka bercerita. Sebenarnya, wanita suka bercerita sebab nak sampaikan mesej pada temannya sekarang supaya tidak mahu jadi seperti bekas temannya. Tapi lelaki nie kadang-kadang lau panas baran atau kuat cemburu, mesti fikir lain.

Kalaulah tahu kita nie pernah bercinta kemudian putus dan mahu sambung balik, tak payahlah kita nak 
sembang-sembang dengan ex kita terutama dekat Facebook , punyalah banyak komen kat situ. Lau kita terbaca komen daripada bekas teman kekasih kita camner? Tak ke panas hati kita? Haish...
 
Memanglah banyak pandangan masing-masing, tapi bagi saya, tidak wajib atau perlu untuk tahu maklumat tentang bekas kekasih kita. Tapi lau perlu, tengoklah keaadaannya dan masanya, kalau pasangan kita nampak OK jer... Go on la... tapi jangan tiap-tiap hari duk cakap pasal bekas teman jer... tengok-tengok.. kita lak yang jadi bekas seterusnya... Kih3.. So pe2 pon, korang fikirkanlah sendiri yer..tak yah nak gopoh-gopoh nak tahu semua, simpan bila nak kahwin nanti... :)

Petua aNAK DARA melayu

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
1. Bangkit Bersambut
Sebelum tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa = apabila jima’setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai, sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.

Sunday, March 4, 2012

Madah cinta dialun rasa rindu memenuhi kalbu

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat 
                                        -Hamka

Madah ini akan ku sematkan di hati ini..tatkala hati ini begitu rindu pada dia..apakan daya..jarak memisahkan kasih...antara utara dan selatan..hanya Tuhan yang mengetahui isi hatiku ini..hendak ditangis apakan daya.......

-LUAHAN HATI SEORANG KEKASIH.....




Monday, January 2, 2012

Bajet Barang Hantaran Untuk Majlis Pertunangan

BAJET SEDERHANA



Jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11. Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).
Seterusnya, fikirkan bajet yang kalian sudah simpan untuk membeli barang-barang hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tidak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang-barang yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti.

Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan. Walau bagaimanapun, sebelum memilih barang-barang hantaran, kita perlu mengambil kira adat di negeri masing-masing juga. Kerana setiap negeri ada adatnya sendiri. Misalnya, jika di pantai Timur, pihak perempuan akan menerima 2 jenis cincin iaitu cincin merisik dan bertunang jika kedua-dua majlis tersebut digabungkan sekali. Manakala jika di negeri lain pula, cincin merisik mungkin tidak perlu. Jadi, eloklah bakal pengantin berbincang dengan ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih barang-barang hantaran.

Senarai Hantaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
  1. Sirih junjung
  2. Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
  3. Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
  4. Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
  5. Sejadah
  6. 6. Tuala
  7. 7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
  8. 8. Coklat atau manisan lain
  9. 9. Kek
  10. 10. Potpourri
  11. 11. Buah-buahan


Senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
  1. Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
  2. Tepak sirih
  3. Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
  4. Telekung sembahyang
  5. Kek
  6. Buah
  7. Coklat atau manisan lain
  8. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding, dan sebagainya